Mengenai Kami

Atas kesedaran yang wujud bagi meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual atau Dunia Seni Visual, kami akan cuba sedaya upaya membantu.

Segalanya adalah di bawah kawalan dan nasihat Penolong PPD Sains Kemasyarakat iaitu En Nazarali bin Ali yang akan banyak memberi input kepada semua guru PSV.

PENGENALAN SENI VISUAL

  • Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil,elok,tipis dan halus,enak di dengar iaitu mengenai suara,comel bentuk badan.
  • Dalam Ensiklopedia Malaysiana(1996) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran.

PERANAN SENI VISUAL

1)Peranan psikologi

  • Perkembangan sensitiviti,emosi,kreativiti,dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

2)Peranan sosiologi

  • Nasionalisme(membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara)
  • Persekitaran(kesedaran nilai persekitaran,unsur keselesaan dan keharmonian)
  • Propaganda(saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea,hasrat atau kepercayaan,pengaruh dan kuasa)
  • Ritual/upacara(sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat)

PENGKELASAN SENI VISUAL

1)Pengkaryaan

  • Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan3D
  • Contoh pengkaryaan ialah lukisan,catan,seni cetak dan arca.

2)Perekaan

  • Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi.
  • Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia,reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s